Jom kita lihat ini




PENGALAMAN UNTUK DIKONGSI

Assalamualikum wrb,

Pada tanggal 2 Ogos 2012 adalah hari pemantauan permohonan pensyarah cemerlang DG52. Berdebar-debar...... Aku dipantau oleh Nazir dari Putrajaya En Zakaria dan Timbalan Pengarah IPGTHO En Koh Kok Hwee. Pemantauan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.30ptg tanpa henti. (sebab bulan puasa). Agendanya:

8.00 pg - 10.00 pg pemantauan p&p.
10.00pg -11.00 pg sesi interview pemantau bersama pelajar PISMP PRA Ambilan 2011
11.00pg - 12.00 tgh sesi interview pemantau bersama Ketua Jabatan
Pn Hjh Halimah Che Mat
12.00tgh - 1.00 tgh sesi interview bersama calon
1.00 tgh - 2.30 ptg Semakan Dokumen calon dari tahun 2009 -2012.
2.30ptg - 3.00 ptg Sesi pemantau bersama Pengarah IPGKPM (Tn Hj Hassan Pardi)
3.40 Nazir dan Timbalan Pengarah IPGTHO berangkat pulang.

Semua berjalan secara tenang sebab tiada tekanan dari mana-mana pihak. Aku buat semana yang mampu. Komen dari pemantau pasti ada, sebab ada juga kekurangan yang kita tidak jangka. Sekarang menunggu keputusan yang pastinya ia akan datang dari ALLAH jua. Tugas aku sekarang ialah DOA yang tidak putus supaya aku berjaya sebab inilah antara peluang keemasan yang ada untuk aku terus maju dalam bidang pendidikan. Dan lagi, aku adalah calon tunggal yang terpilih untuk dipantau kategori DG52 dari IPGKPM. Harap peluang ini tidak ku persia-siakan. Ameen.

Pengalaman ini amat berharga buat aku dan di coretkan disini untuk rakan-rakan sekampus yang berminat untuk memohon tahun akan datang.

Rabbi Yassir Wala Tu'aassir.

Terima kasih.

THANK YOU ALLAH, THANK YOU HERBALIFE



Assalamualaikum wrb,

Saya terpanggil untuk mengupdate blog hari ini kerana rasa bersyukur sangat kepada ALLAH subhanahuwataala atas segala limpah kurnia, rezeki dan kesihatan yang diberikan kapada saya dan keluarga yang amat saya sayangi.

Minggu lepas Nurul Atiqah anak keempat saya telah ditawarkan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas SPM, Alhamdulillah.

Kepada Dr Mihat dan Dr Yasmin yang telah banyak mendorong dan mengajar semasa membuat persediaan temuduga dan kepada pegawai BPG yang perihatin dengan 3 kali surat rayuan saya, terima kasih banyak-banyak. Semoga ALLAH jua yang akan membalasnya.

Saya juga amat bersyukur kerana dianugerahi kesihatan yang amat baik pada semua ahli keluarga setakat ini. Atas pemberian ALLAH sebenarnya. Saya enjoy dengan Nutrisi HERBALIFE! Insyaallah itu usaha saya.

Semoga ALLAH merestui usaha saya seterusnya. Satu perkara yang amat penting bagi peningkatan kerjaya saya akan berlansung pada 2 Ogos 2012. Rabbi Yassir Walatuaasir!

Terima kasih.













- Copyright © UMMUL BANAT - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -