- Back to Home »
- PENGALAMAN UNTUK DIKONGSI
Posted by : Hjh Azizah Abd Samad
Monday, August 6, 2012
Assalamualikum wrb,
Pada tanggal 2 Ogos 2012 adalah hari pemantauan permohonan pensyarah cemerlang DG52. Berdebar-debar...... Aku dipantau oleh Nazir dari Putrajaya En Zakaria dan Timbalan Pengarah IPGTHO En Koh Kok Hwee. Pemantauan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.30ptg tanpa henti. (sebab bulan puasa). Agendanya:
8.00 pg - 10.00 pg pemantauan p&p.
10.00pg -11.00 pg sesi interview pemantau bersama pelajar PISMP PRA Ambilan 2011
11.00pg - 12.00 tgh sesi interview pemantau bersama Ketua Jabatan
Pn Hjh Halimah Che Mat
12.00tgh - 1.00 tgh sesi interview bersama calon
1.00 tgh - 2.30 ptg Semakan Dokumen calon dari tahun 2009 -2012.
2.30ptg - 3.00 ptg Sesi pemantau bersama Pengarah IPGKPM (Tn Hj Hassan Pardi)
3.40 Nazir dan Timbalan Pengarah IPGTHO berangkat pulang.
Semua berjalan secara tenang sebab tiada tekanan dari mana-mana pihak. Aku buat semana yang mampu. Komen dari pemantau pasti ada, sebab ada juga kekurangan yang kita tidak jangka. Sekarang menunggu keputusan yang pastinya ia akan datang dari ALLAH jua. Tugas aku sekarang ialah DOA yang tidak putus supaya aku berjaya sebab inilah antara peluang keemasan yang ada untuk aku terus maju dalam bidang pendidikan. Dan lagi, aku adalah calon tunggal yang terpilih untuk dipantau kategori DG52 dari IPGKPM. Harap peluang ini tidak ku persia-siakan. Ameen.
Pengalaman ini amat berharga buat aku dan di coretkan disini untuk rakan-rakan sekampus yang berminat untuk memohon tahun akan datang.
Rabbi Yassir Wala Tu'aassir.
Terima kasih.
Post a Comment